Pelan Tranfomasi Kursus "Project Methodology DTV4022" merupakan satu inisiatif baru dalam pembentukan projek diploma KKTM Ledang yang lebih berkualiti disamping meningkatkan kemahiran projek teknikal di kalangan pelajar. Walaubagaimanapun pelaksanaan pelan ini hanya akan berjaya jika mendapat sokongan penuh daripada pensyarah/penyelia dalam memberi tunjuk ajar sepanjang proses pembangunan projek diploma pelajar itu sendiri. Kaedah-kaedah yang direka ini diharap sedikit sebanyak membantu pelajar dalam menjana projek yang lebih berkualiti setanding projek-projek diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.